tarik nafas

sambil lap kaca mata dan tarik nafas.
dua hari ni ayik ulang alik melaka sebab ayah aku masuk mmc (mahkota medical center)
buat minor operation sikit. ada ketumbuhan di kaki beliau.
aku jadi macam orang sawan, risau gila. walau benda tu sikit, tapi aku tak tentu arah.
sapa tak sayang bapak oi. syukur lah takde apa apa.
ayah, kena kuat ok? untuk anak perempuan mu ini.
keluh kesah aku.
dengan semester baru yang nak buka ni. macam macam kena fikir. sekarang ni boleh tarik nafas dan cuba bertenang. aku tahu, everything will be fine.
sambil duduk tengok rumput hijau aku fikir. Tuhan tu tak akan bagi ujian kalau Dia tak sayang hambanya. lagi banyak ujian, lagi Dia sayang kita.
dan sampai kapan pun ujian dari Dia tak akan pernah berhenti.
mungkin ada hikmahnya.
Tuhan, kalau sekalipun kau mahu ayahku sakit, aku rela jadi gantinya ya Tuhan.
bagilah kesejahteraan yang baik pada kedua orang tuaku.
amin ya rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment