dan selamat


hai selamat kembali. dah lama tinggal benda alah ni. masih banyak tanggungjawab luar sana yang perlu di beresin. 

sembilan belas. hmm dah masuk dah. dan aku tak pernah gemar tarikh aku di lahirkan. kalau masih kecil dulu iya aku seronok sebab mak bapak buat parti terkejut kononya dan aku yang masih kecil mesti menggeliat penuh suka. tapi tidak untuk umur yang sekarang ini. sebab aku tahu umur aku makin lama makin meningkat dan meningkat dan perlu tanam subur dalam diri bahawasanya mati memang dah dekat. 

chill la baru sembilan belas. tapi aku betul tak gemar untuk meraikan perubahan angka dalam hidup aku.

dan macam biasa dah besar besar maka sambutannya kurang hangat. dan tahun ini sama macam tahun lepas dan lepas dan lepas. mungkin seronok di sambut bersama kekasih selama seminggu (call percuma). dan itu sahaja. ohh tak lupa parti kejutan sebelum tarikh lahir oleh rakan seperjuangan di universiti. satu moment yang cukup indah.

tak ada benda nak cakap sebenarnya. terima kasih yang tidak ternilai untuk mak ayah. terima kasih untuk semua. terima kasih untuk sepotong kek, sebuah pelukan, secebis ciuman dan lain lain. sesungguhnya tidak ada yang lebih bahagia dari ini. dan yang paling pasti, terima kasih Ya Allah sebab masih bagi kesempatan untuk aku bernafas lagi walau telah banyak kerosakan aku buat dengan kau Ya Rabb.

:')

No comments:

Post a Comment